Welcome To My... BLOG!

Thursday, 25 April 2013

Motivasi Diri: 5 Tip Penting Untuk Meningkatnya

 


   Anda boleh meninggikan atau merendahkan motivasi diri. Pilihan itu sebenarnya terletak
   di tangan anda. Apakala anda berhadapan dengan konflik pilihan biasanya inilah yang
   akan menjatuhkan motivasi diri. Berikut terdapat 5 tips untuk meninggikan motivasi diri
   ke tahap yang tinggi.

   Sila baca dan mengaplikasikannya ...



   1. Jangan Peduli Anda Siapa 

   Selalunya ia brmula dengan tanggapan seperti ini :

   "saya rasa kurang bersemangat"

   "saya tidak yakin dengan diri sendiri"

   "bolehkah saya lakukannya ?"

   Jangan berikan peluang diri anda untuk mendengar kata-kata negatif diri anda ini. Setiap
   kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan.

   Cubalah belajar mempunyai keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan
   pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya.
   Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Apa yang penting ialah setiap kali anda gagal
   melakukan sesuatu, anda berdiri semula. Buangkan habuk-habuk kekecewaan. Tinggalkan
   rasa sedih. Kumpulkan semula motivasi diri anda dan ulang sekali lagi. Sangat mustahak
   supaya anda jangan perkecilkan diri anda atas kegagalan itu tadi.




   2. Berhati-hati Membuat Pilihan

   Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan. Pilihan di dalam otak itu
   misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi
   pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah
   pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambil berat kejayaan anda dan
   yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.





  3. Pertahankan Apa Yang Anda Sukai

  Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan sesuatu yang paling kita
  sukai. Ada orang memanggilnya 'minat', sementara yang lain menggelarnya sebagai 'sebab'. Sebab,
  alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang
  kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda
  selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu
  memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luar biasa atau kejayaan besar yang sukar
  dicapai oleh orang lain.



  4. Berimpian Tinggi

  Impikan sesuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat
  seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalan. Cuba fikirkan:"Apa akan berlaku 
  kepada seseorang yang tidak mempunyai sebarang impian ?"Jawapannya - tiada apa-apa.
  Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang
  biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan.

  Apa yang paling kita takuti bukannya...
 "Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpian 
  rendah dan berjaya mencapainya !"
                                                  

 5. Bersaing Dengan Diri Sendiri

 Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi kerap kali ini juga adalah sebab utama yang akan
 memusnahkan motivasi diri anda. Manakan tidak, kalau anda akan membanding-bandingkan diri anda
 dengan orang lain setiap kali. Bersainglah dengan diri sendiri. Oh ... ya, mungkin anda masih ingat
 pepatah lama Inggeris yang menyebut 'you are your worst enemy'. Jadi jangan pandang rendah pada
 diri anda sendiri. Sebelum mengalahkan orang lain, kalahkan diri anda dahulu ! Barulah hebat namanya.

                                                  




No comments:

Post a Comment