Strategi Melukis gambarajah
Soalan :
Strategi Melukis gambarajah
Melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambarajah yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala.
Langkah 1 : Memahami masalah
- Pada asalnya, Aishah mempunyai 10 000 keping setem.
- Aishah memberikan 2222 keping setem kepada Hashimah.
- Kemudian, Aishah berikan 183 keping setem lagi kepada Azizah.
- Maka, berapakah keping setem yang dimiliki oleh Aishah sekarang ?
Langkah 2 : Membuat Rancangan
- 10 000 keping setem tolakkan 2222 keping setem merupakan peninggalan peringkat pertama.
- Seterusnya, tolakkan lagi 183 keping setem adalah peninggalan peringkat kedua.
- Berapakah keping setem yang dimiliki oleh Aishah sekarang ?
TOLAK
Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
- Daripada gambarajah di atas, 10 000 keping setem Aishah telah ditolak sebanyak 2222 keping setem.
- Kemudian diberikan lagi 183 keping setem kepada adiknya, Azizah.
- Maka, setem yang dimilik oleh Aishah sekarang ialah 7595 keping setem.
Pengiraan :
10 000 - 2 222 = 7 778
7 778 - 183 = 7 595
Langkah 4 : Semak Semula
7 595 - 2 405 = 10 000
JAWAPAN : Jumlah bilangan setam yang dimiliki oleh Aisah sekarang
ialah 7595 keping setem.
No comments:
Post a Comment